Friday, November 19, 2010

perempuan n gadis2, peringatan!!!

Yeahh, semasa melayari internet, aku terpikir2 jugak ape yg ptot aku post kan kt blog aku nie.. tibe2 aku dpt 1 idea.. haa.. mencube kelainan.. kelainan yang mcm mane.. haa.. ade je bwh nie.. usha la yerr.. especially untuk prempuan sbnanye nie.. kalo laki watpe!! eh, mne bley takpe, laki lagi la penting. kena la ngatkan kawan2 prempuan dorang n awek2 dorang sendiri ataupon bakal2 isteri dorg.. bende nie walopon nampak cam mustahil terjadi, kot2 la si gadis2 nie ngat dorang xkuar umah ke, o sentiasa ade kat tempat yang selamat ke, dorg ngat dorg ley slmat.. cume skarang nie, bahaya tu dah xmemilih da.. kat mane2 pon boley terjadi..

Post kali nie berkisar tentang langkah2 untuk para wanita.. khususnya bila terjadi perkara yang x diingini nie.. iaitu ROGOL.. 1 perkataan tapi cukup menakutkan buat gadis2 diluar sane. yang bace blog nie, jgn la pkir bkn2 lak, aku post utk korg gk. bukan post suke2 nie. dipetik khas dari seorang manusia yg bekerja dlm bidang Forensik, yg selalu buat analisis berkaitan jenayah tu, termasuk la kes rogol2 nie. haaa, rajin aku usha2, tengok mklumat psal bnde2 cmni.. haha.. ajai la katekan an.. tapi jgn risau, niat aku bek..
Kejadian rogol ni boleh jadi kat siapa2 pun, tak kira kecik, besar, yg tua, yg muda lagi la, slalu kena.. kadang2 tu bukan golongan perempuan tak jaga diri, tapi perogol ni makin lama makin berani, makin ganas.. siap ada mangsa yg kena bunuh lagi. Na’uzubillah..
Tapi tu cerita lain, kat sini ajai nak berkongsi tip-tip yg berguna utk mendakwa saspek2 rogol ni atas jenayah yg telah dilakukan..

Ni pe yang mamat forensik tu kate:



Kebanyakan saspek perogol, wlu pun memang sah dia tu perogol, mangsa sendiri yg kenal pasti, tapi bila masuk mahkamah, bicara, terlepas…… Sebab??? tak cukup bukti…

Skrg, sy nk bagi tau yg Mangsa sendiri boleh menangkap perogol tu sendiri dgn cara tak langsung!!

Cara2nya melalui proses DNA saspek pada tubuh mangsa… Kami di Bhg Forensik akan menjalankan analisis terhadap spesimen-spesimen mangsa :- bergantung kepada apa yg pihak Hospital (Bahagian Kecemasan & Trauma) hantar kepada kami.. biasanya Hospital akan Hantar:
1. keratan kuku mangsa
2. Spesimen Rambut mangsa
3. Spesimen Bulu Kemaluan mangsa
4. Vaginal Swab mangsa
5. Spesimen Darah utk profiling DNA
  • PROFILING DNA SASPEK
Untuk mengesahkan bukti bahawa perogol telah merogol / menyerang secara seksual terhadap mangsa, spesimen2 berikut akan dicari pada semua spesimen mangsa di atas / pada pakaian mangsa.
1. Darah saspek
2. rambut saspek
3. bulu kemaluan saspek
4. yg paling penting sekali, Air Mani saspek.

  • Bahagian-bahagian penting saspek.

dengan kehadiran profil saspek pada spesimen / tubuh mangsa… contoh -
1. darah / tisu saspek pada celah kuku mangsa - kerana pergelutan / percakaran.
2. rambut / bulu saspek pada pakaian mangsa
3. Kesan Air Mani pada pakaian / badan / dalam kemaluan mangsa.
  • APA YG PERLU ANDA BUAT??

Yang paling-paling penting,, selepas kejadian, jangan bersihkan diri anda, sebaliknya, pergi terus keBalai Polis berdekatan utk buat report & seterusnya ke hospital utk ambil sampel2 / spesimen di atas utk di hantar kepada kami, Bahagian Forensik utk dianalisis..
  • SEMASA & SELEPAS KEJADIAN……
Paling penting adalah kesan air mani.. itu adalah perkara No.1 yg kami cari pada pakaian mangsa / swab pada kemaluan mangsa. Ok, kalau saspek tak “Tembak” ke dalam? mcm mana? atau saspek “tembak” ke arah lain, langsung tak kena mangsa? Jgn panik.. cari kesan “tembakan” tersebut dankenakan pada pakaian…Satu proses yg dinamakanAcid Phosphatase Test akan dijalankan ke atas pakaian mangsa utk mencari kesan air mani ygmempunyai sperma..

Mcm mana kalau saspek pakai “sarung”?? Option ke 2 kita ada,, DARAH / TISU saspek.. kuku wanita biasanya runcing & panjang, gunakan ia utk mencakar saspek, sampai berdarah lg bagus! kerana darah yg terlekat pada kuku kami akan analisis utk dapatkan profil DNA saspek..
Kalau kuku pendek? tak kuat nk lawan ke..? Tarik rambut!yup..rambut yg ditarik dgn kuat biasanya akan tercabut dgn akar2nya sekali.. percaya @ tak,, akar rambut tersebut BOLEH mnghasilkan Profil DNA saspek! Akar rambut mempunyai 3 jenis iaitu, Telogen, Catagen & Anagen.. Akar rambut yg paling senang utk dapatkan profil DNA adalah Anagen & Catagen… contoh telogen seperti gambar di atas..
kalau anagen rupanya macam.. perasan tak bila cabut bulu, ada macam benda hitam2 yg lembik2, boleh melekat kat cermin tu..
(utk lelaki,, mcm la tak biasabuat..) itu la akar jenis anagen.. manakala jenis catagen agak jarang utk kita dapat… bentuknya seperti 1 akar tunjang sebatang pokok…
Di sebalik semua tip-tip di atas utk mangsa menangkap perogol, PALING UTAMA adalah elakkan diri dari terdedah kepada bahaya…
1. Sentiasa memohon perlindungan dr Allah S.W.T
2. jangan terlalu percaya kepada lelaki yg anda tidak pernah kenal sebelum ni..
3. jangan menumpang kereta @ motosikal sesiapa sahaja hatta orang kampung anda sekali pun, walaupun berdua! kerana mereka boleh bawa anda ke tempat yg anda tak ingini!
4. Elakkan bergaul terlalu bebas dengan lelaki, terutamanya golongan remaja, yg baru nak kenal dunia.
5. dan lain-lain langkah berjaga-jaga yg anda rasa tak patut buat, jangan buat.! cari penyakit je!
(yang bold2 tu aku bold kn.. huu.. ade mkne tersirat)
Aku postkan bnde nie untuk memperingatkan korg, n xlupe jugak untuk diri aku sendiri.. setiap laki de insan yang dorg syg kn, cmtu jugak aku.. jadi, jgn la smpai bnde nie jadi kepada org yg korg syg.. mencegah tu lebih bek kan. lindungi insan yang korg syg, bkn amek ksempatan! Moge2, bende2 cmni xjadi kt insan yg korg syg, dan juge untuk insan yang aku syg. Jadi pe yg aku harapkan kat sini, kepada sesiapa yg dapat info ni, sebar-sebarkan la kepada org yg tersayang, supaya mereka yg jahat-jahat ni dapat di bawa ke muka pengadilan.. Kasi sebat skali! biar berbirat bontot dorg tak bley duduk sebulan! Amekkaw!!! 


2 comments:

azreena mohamed said...

hahah..ayt ko ni jai..adoiii...

NuRuL AiN said...

terima kasih dgn info yg sudi di kongsi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...